Monday 23 November 2015

Resipi Churros

Sekarang ni ummi tengok trending sekarang pasai #Churros. Ummi pon tak pernah makan lagi apatah lagi cuba masak #churros (insyaalah one day)..hehehe
Apa2 pun meh ummi kongsikan resipi #churros ni.. (ummi rujuk pada web :  http://www.azlitamasammanis.com). Korang boleh la try, Nanti boleh bagi feedback...keh3

CHURROS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan

sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )




Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.



Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.



Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel macam gambar atas.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar
Sementara itu bolehlah panaskan minyak



Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.

Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!

Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supa serap minyaknya

Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.

Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Sedapnya...!


COKLAT SOS

60 ml heavy cream atau tick cream
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros



 PAGAR RUMAH SEWAKTU BALIK KAMPUNG....


 

 Hati2 dengan zaman sekarang ni belum tentu lagi selamat walaupon dah lock pagar dengan alrm mangga, pencuri ni dah memamg kepakaran dia pecah rumah orang.. jadi pada siapa lagi kita nak bergantung harap... Hanya pada Allah sahaja.. Okay Ummi nak share knowledge dengan semua.. harap2 berguna  : )

#‎PAGAR‬ dgn ayat suci Al-Quran selepas kunci rumah. Berdiri hadap pintu terkunci, baca:

1) astagfirullah 3x
2) bismillah...
3) tahmid (Alhamdulillah hi robil a lamin)
4) selawat
5) baca ayat 9 dari surah yasin:


"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Maksud ayat:

"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."

6) selawat
7) tahmid

Selamat 'Mangga' Rumah utk balik kpg

Teknik Urutan Dan Sentuhan Membentuk Bayi Bijak

Teknik Urutan Dan Sentuhan Membentuk Bayi Bijak

urutan bayi
Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.

Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.
Urutan dan sentuhan merupakan perkara yang tidak boleh lari daripada hidup manusia terutama bayi. Kebanyakkan ibu bapa di India meletakkan ‘infant massage’ pada tahap utama.
Mereka jarang menggunakan stroller, baby seats, infant carriers, car seats dan sebagainya untuk memastikan mereka mengaplikasikan teknik ini pada bayi mereka secara total.

Panduan teknik urutan dan sentuhan kaedah Johnson’s Baby

1. Muka

Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

2. Dada

Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

3. Tangan

a) Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.


4. Kaki

a) Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
b) Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

5. Perut

Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.
a) Roda air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.


b) Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.


c) Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.

d) I love you
I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.
U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

6. Bahagian Belakang

a) Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.
Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.Urutan bayi ini lebih daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi keluarga.
Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan nadi dan cara tidur-bangun anak/sleep-wake patterns.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan kepada bayi bagi mengukuhkan lagi hubungan dan trust-bonding bersama bayi anda.

Sumber : http://mamapeduli.my/

Sunday 22 November 2015

MUSIM HUJAN & SI MANJA BATUK TERUK???
ANAK BATUK DAN SELESEMA???

Alhamdulillah,mujur ada herbal cream yang membantu melegakan pernafasan di kala anak2 sukar bernafas dan membantu mencairkan kahak.
Leceh ulang-alik ke hospital. Dah jumpa Doktor, si manja tak mahu pula makan ubat, meragam, muntah la, semua ada... Guna ini, HANYA SAPU JE..

Baby Herbal Cream Tropika berfungsi untuk mengelakkan/merawat masalah kembung perut, kolik atau masalah angin pada bayi. Istimewanya, Baby Herbal Cream Tropika ini juga boleh membantu melegakan kahak, selesema dan batuk pada bayi dan anak kecil. Dan juga dikatakan mampu membantu melegakan asma dan bronkitis anak.

MESTI TAHU !!!!

Khasiat kayu putih
-anti jangkitan kuman
-melegakan batuk/ kahak/ selesema
-aromaterapi yang menenangkan

Minyak kelapa dara
-Kaya dengan vitamin E
-Melindungi kulit dari sini UV matahari
-Mengurangkan kesan demam, selesema dan batuk

Halia
-Membuang angin dalam badan
-Mencegah demam selesema
-Mengurangkan masalah pernafasan akibat hingus dan kahak
-Menghangatkan badan

Bawang putih
-Merangsang sistem imun
-Mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selesema.
-Anti oksida seperti selenium yang mampu mengurangkan radikal dalam darah seterusnya mengurangkan risiko kanser. 


✔Krim tidak panas & melekit, sesuai digunakan bermula bayi usia 1hari.
✔Sapu pada dada, belakang, tapak kaki serta perut bayi 2@3 kali sehari.







UNTUK ORDER BOLEH LAYARI FACEBOOK INI https://www.facebook.com/Great-Babyskin-Siti-561419653872759/timeline


atau sms/what apps 019- 2233586/017-6791379/ 019-4782684
TUKAR PENGGUNAAN MINYAK TELON/VICKS SEKARANG ! 
gantikan dengan ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡
KRIM HERBA TROPIKA 100% BERKESAN !
===============================================
🌹keluaran bumiputera Melayu
🌹100% campuran Halia + Minyak Kelapa Dara + Minyak Kayu Putih + Herba2 Tropika Terpilih
🌹Berdaftar dan diluluskan KKM (NOT 150102603K)
🌟🌟100% pelanggan kami Mengakui KESANNYA!
↔Mampu melegakan↔
✔batuk selsema ✔kahak ✔nafas berbunyi ✔lelah✔hidung tersumbat ✔ kembung perut bayi
🌹krim tidak panas, tidak melekit, sesuai di guna bermula bayi umur 1 hari.
🌹 Hanya sapukan pada tapak kaki, perut, dada, atas belakang, serta ubun2 bayi setiap kali lepas mandi & sebelum tidur.
🚚💨Pos keseluruh Malaysia
Untuk dapatkan diskaun istimewa

📲Whatsapp /sms only : 019-4782684/017-6791379



TROPIKA STARTER KIT 2 IN 1
- BABY HAIR AND BODY OIL 100ML
- BUBBLE WASH 100ML (mandian)
Mandian dan minyak dari bahan asli (natural) utk si manja.
Sesuai untuk kulit ekzema, ruam lampin, ruam panas, kulit kepala berkuping (cradle cap), penyakit radang kulit, kulit sensitif serta melebat dan menyihatkan rambut.
Sesuai untuk kegunaan dari bayi sehingga kanak - kanak malahan juga mungkin sesuai untuk orang dewasa.

5 KEBAIKAN BAYI YANG DIURUT

1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa.
5. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan ayah.